Pasaran saham China jatuh lebih lapan peratus pada dagangan tengahari Isnin, terendah dalam lapan tahun bagi prestasi harian selepas aktiviti pengambilan untung berlarutan ditambah kegusaran pelabur terhadap kedudukan ekonomi China.

Pelabur mula mengambil langkah berhati-hati selepas beberapa data ekonomi China menunjukkan prestasi perlahan termasuk data pendapatan industri menunjukan kejatuhan 0.3 peratus bagi bulan Jun.

Data pengeluaran kilang juga merosot ke paras 15 bulan terendah sekaligus mencipta sentimen negatif.

Selain itu, pelabur turut dipengaruhi sentimen rizab persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah pada suku keempat tahun ini.

China juga dilihat lebih cenderung untuk tidak melonggarkan polisi monetari ketika pertumbuhan kurang memberangsangkan.

Indeks CSI300 jatuh 8.6 peratus kepada 3.818.73 mata mengikuti indeks komposit Shanghai jatuh 8.5 peratus kepada 3,725.56 mata.

Ia kejatuhan terbesar sejak 27 Februari 2007.

Meskipun pakar ekonomi tidak dapat memastikan punca sebenar ia jatuh teruk, namun faktor pengambilan untung besar besaran menyumbang kepada kejatuhan