Pengendali pelabuhan di seluruh negara diarahkan untuk membenarkan syarikat yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), mengikut polisi Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk meneruskan aktiviti import dan eksport mereka, berkuat kuasa Rabu (29 April).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata tindakan itu selari dengan keputusan kerajaan pada Selasa, yang bersetuju supaya sektor-sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, bagi memulihkan sistem rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan, selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.
" ...sebagaimana cadangan MKN bagi menyelamatkan pekerjaan, mengembalikan pendapatan negara dan memberi keyakinan kepada pelabur.
"Bersandarkan keputusan ini, semua syarikat dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa sekatan masa, mengikut keperluan industri masing-masing.
"Bagaimanapun, syarikat yang mendapat kelulusan untuk beroperasi, haruslah mematuhi garis panduan ketat demi menjamin kesihatan dan keselamatan para pekerja, seperti mempraktikkan jarak sosial dan menitikberatkan soal kebersihan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, syarat tersebut turut dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti import dan eksport, bagi kedua-dua jenis barangan keperluan penting dan tidak penting di pelabuhan, yang akan dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.
Jelas kenyataan itu lagi, kementerian akan terus memantau keadaan semasa berkaitan logistik dan pengangkutan, yang mempengaruhi syarikat-syarikat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan mengesyorkan polisi yang berupaya mengurangkan implikasi ekonomi.
Baru-baru ini, kementerian telah membenarkan kerja-kerja pelepasan kargo di pelabuhan-pelabuhan utama negara, bagi fasa keempat yang bermula 20 April hingga 23 April.
Kerja-kerja pelepasan kargo di pelabuhan-pelabuhan yang terlibat seperti Pelabuhan Klang, Johor, Pulau Pinang, Kuantan, Melaka, Bintulu dan Labuan serta pelabuhan milik kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak, telah berjaya mengalihkan kontena-kontena yang sesak di pelabuhan dengan cepat, mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan kesihatan, yang termaktub di bawah peraturan PKP.
Bagi prestasi pengendalian kontena import, terdapat beberapa pelabuhan yang mencatatkan prestasi pengendalian yang baik dan lancar, berdasarkan kepada kadar kapasiti penggunaan lapangan kontena (container yard) antara 20 hingga 50 peratus seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Tanjung Pelepas, Kuantan, Bintulu, Labuan, Sibu, Kuching, Miri dan Sandakan.
Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Utara (Northport) dan Tawau pula mencatatkan kadar kapasiti 50 hingga 60 peratus manakala Pelabuhan Barat (Westports) dan Tanjung Bruas pula merekodkan kadar penggunaan lapangan kontena melebihi 70 peratus.
Bagi prestasi pengendalian kontena eksport, Pelabuhan Pasir Gudang, Kuantan, Labuan, Sibu dan Sandakan mencatatkan kesesakan di bawah 50 peratus.
Pelabuhan Barat (Westports) pula berada antara 50 hingga 60 peratus, sementara pelabuhan Tanjung Bruas dan Miri pula melebihi 70 peratus.
"Berdasarkan kepada pencapaian itu, terdapat perbezaan kadar penggunaan lapangan dan pengendalian kontena eksport antara pelabuhan-pelabuhan yang mungkin dipengaruhi oleh faktor jumlah pengeluaran output daripada kilang-kilang untuk dieksport yang tidak dapat beroperasi dalam kapasiti sepenuhnya sepanjang tempoh PKP," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Apr 28 2020
Baru-baru ini, kementerian telah membenarkan kerja-kerja pelepasan kargo di pelabuhan-pelabuhan utama negara, bagi fasa keempat yang bermula 20 April hingga 23 April. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.