KUALA LUMPUR:Penambahbaikan Belanjawan 2021 bukan suatu keputusan yang sukar sebaliknya ia lebih kepada mencerminkan keanjalan kerajaan dalam menerima pandangan pelbagai pihak, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Kita mendengar kesemua permintaan dalam perdebatan serta permintaan daripada kedua pihak.
"Sesetengah permintaan adalah adil dan suatu keputusan yang mudah. Contohnya peruntukan barisan hadapan.
"Bukan sahaja Kementerian Kesihatan sebaliknya semua yang terlibat di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), polis dan juga askar," katanya dalam temu bual bersama akhbar The Edge.
Zafrul berkata tindakan Kementerian Kewangan mendengar permintaan pihak lain adalah satu bentuk semak dan imbang.
"Belanjawan adalah tidak sempurna. Jika ada penambahbaikan, kita harus terima.
"Ekonomi bergerak sangat pantas dan krisis menjadikan ia bergerak lebih pantas, justeru kita perlu lebih anjal dalam pembuatan dasar.
"Ketika krisis dan tempoh mencabar, kita perlu lebih terbuka dan akui jika ada penambahbaikan yang perlu diambil perhatian," katanya.
Sementara itu Zafrul berkata peruntukan dana tambahan Belanjawan 2021 adalah daripada Waran Pendahuluan Dana Luar Jangka (CFAW) dan Waran Pendahuluan Rizab Luar Jangka (CRAW).
"Bagi perbelanjaan operasi, sejumlah RM1.5 bilion dana kecemasan dan bagi perbelanjaan pembangunan sekitar RM2 bilion.
"Ini memberikan Menteri Kewangan kuasa untuk berbelanjan dalam jumlah itu," katanya.
Mengulas berkaitan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Zafrul berkata rundingan pemotongan peruntukan masih berjalan.
"Saya masih berunding dengan menteri. Sesi bersama beliau adalah pada Rabu dan kami akan putuskan berapa banyak yang akan dipotong," katanya.
Najib Aroff
Sat Nov 28 2020
Zafrul berkata tindakan Kementerian Kewangan mendengar permintaan pihak lain adalah satu bentuk semak dan imbang. - Bernama
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Penambahbaikan Belanjawan 2021 bukan satu keputusan sukar - Zafrul
Zafrul berkata tindakan Kementerian Kewangan mendengar permintaan pihak lain adalah satu bentuk semak dan imbang.