Syarikat gas dan petroleum berpangkalan di Sarawak menyambut baik penubuhan syarikat petroleum Sarawak, Petros.

Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Berhad, Datuk Abdul Karim Abdullah berpendapat penubuhan Petros menandakan kematangan dan keupayaan Sarawak yang boleh dibanggakan.

“Saya sangat gembira kerana ia menunjukkan kematangan, keupayaan dan kemampuan orang Sarawak telah mencapai satu tahap membanggakan dan atas pencapaian inilah mereka berani melancarkan Petros.

“Saya berpandangan bahawa kolaborasi ini adalah satu tindakan yang amat baik. Saya tidak mahu menyentuh daripada segi perundangan, tetapi daripada segi perspektif perniagaan, ia menunjukkan satu tahap kematangan yang amat tinggi,” kata Abdul Karim.