Petronas pada Rabu memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan projek gas asli cecair (LNG) di Kanada Barat bernilai C$36 bilion (RM123.3 bilion).

Punca utama Petronas membatalkan projek LNG Kanada adalah kerana harga global LNG yang lemah.

Dengan ini, Petronas secara sekali gus menidakkan inspirasi untuk menjadikan Kanada sebagai pemain LNG global di pasaran dunia.

Walaupun keputusan Petronas ini telah memberi satu tamparan hebat kepada ekonomi serantau, pemerhati industri berkata langkah ini dibuat setelah projek besar berhampiran – Prince Rupert di wilayah utara Kanada di British Columbia – telah ditangguh selama beberapa tahun oleh pihak berkuasa.

Pacific NorthWest LNG berhasrat untuk menghasilkan sebanyak 12 megatonne setahun. Syarikat Pacific NorthWest LNG telah menerima kelulusan daripada kerajaan Kanada tahun lepas, tetapi Petronas menunda keputusan pelaburan mereka.

Susulan pembatalan projek ini, Petronas dijangka akan memberi perhatian pelaburan yang lain di pasaran dunia.

TransCanada Corp, yang diberi kontrak untuk membina saluran paip menghubungkan telaga gas ke terminal LNG berkata segala kos yang berkaitan dengan projek itu akan dibayar balik.

Ia telah membelanjakan sejumlah C$500 juta (RM1.7 bilion) hingga April.

Petronas merancang menghasilkan gasnya sendiri untuk membekalkan LNG Pacific NorthWest berbanding membeli daripada pengeluar lain.

Kanada merancang lebih 10 projek gas dan LNG untuk British Columbia, tetapi hanya projek Woodfibre yang bernilai C$1.6 bilion (RM5.4 bilion) setakat ini telah diberikan kelulusan oleh pemaju.

Tidak dapat dipastikan bagaimana projek Woodfibre akan beroperasi susulan pembatalan projek LNG ini.

Petronas berkata mereka tetap komited dengan projek yang lain melalui Progress Energy Canada Ltd untuk pembangunan perniagaan mereka di utara Amerika.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas:

"PETRONAS and its partners have decided not to proceed with the Pacific NorthWest LNG project at Port Edward in British Columbia, Canada.

The decision was made after a careful and total review of the project amid changes in market conditions.

PETRONAS’ Executive Vice President & Chief Executive Officer Upstream, Anuar Taib said, “We are disappointed that the extremely challenging environment brought about by the prolonged depressed prices and shifts in the energy industry have led us to this decision.”

“We, along with our North Montney Joint Venture partners, remain committed to developing our significant natural gas assets in Canada and will continue to explore all options as part of our long-term investment strategy moving forward,” added Anuar.

PETRONAS’ commitment in Canada continues through Progress Energy Canada Ltd and its world-class inventory of natural gas resources where the subsidiary plays a key role in supporting PETRONAS’ growth strategy in North America.

PETRONAS and the project’s partners are thankful for the support received from everyone involved, especially the area First Nations, the District of Port Edward, the City of Prince Rupert and their communities for their invaluable involvement and efforts in the project.