Petronas Carigali Sdn Bhd didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas didapati bersalah kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat.
Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy juga mengarahkan syarikat berkenaan membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dalam pertuduhan tersebut, syarikat berkenaan didapati telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Katanya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen-elemen pertuduhan dan dengan yang demikian suatu kes 'prima facie' telah berjaya diwujudkan untuk kes ini.
Ia berdasarkan satu siasatan yang dijalankan sepasukan pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu yang diketuai Pegawai Penyiasat Ir. Lim Yee Tat ekoran satu kes kemalangan maut di Petronas Carigali Sdn. Bhd. Onshore Gas Terminal, Kerteh, Kemaman, Terengganu pada 13 Mac 2014.
Hasil siasatan mendapati syarikat Petronas Carigali Sdn. Bhd. sebagai pemunya dan penghuni di Onshore Gas Terminal, Kerteh, Kemaman, Terengganu telah gagal untuk memastikan kewajipannya, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja bagi pekerjanya iaitu Md Noor Yusof.
"Syarikat berkenaan juga gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja-kerja "remove and install grating" di platform tersebut sehingga menyebabkan kemalangan ke atas Md Noor," menurut kenyataan itu.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu, Nik Ahmad Marzuki Nik Mohamad.
Petronas Carigali Sdn Bhd diwakili K.Ragunath. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 28 2017
Petronas Carigali Sdn Bhd didenda kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Pengurus kanan GLC ditahan SPRM terlibat rasuah RM300,000
Suspek yang berusia 41 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, di sini kira-kira pukul 5 petang semalam.
Petronas Carigali Sdn Bhd didenda
Petronas Carigali Sdn Bhd didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat.