Syarikat minyak negara Petronas telah menafikan laporan ia berbincang dengan Rusia untuk menjual aset dan pegangannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Petronas, ia tidak pernah dan tidak terlibat dalam apa-apa perbincangan ketika ini dengan mana mana pihak Rusia untuk tujuan tersebut.

Petronas membuat kenyataan berkenan selepas timbul laporan yang ia sedang berbincang dengan Rusia berkenaan penjualan aset dan pegangan Petronas.

Ini selepas sidang ASEAN-Rusia yang berlaku pada minggu lepas di Sochi.

Sebelum ini, agensi berita Rusia, TASS melaporkan bahawa syarikat Zarubezhneft yang berpengkalan di negara itu dalam perbincangan penglibatan projek di Malaysia.

“Mereka sedang mengkaji peluang untuk memasuki projek di Malaysia. Zarubezhneft mempunyai pengalaman yang luas untuk untuk meningkatkan keberkesanan, dan menawarkan perkhidmatan dan penyertaannya.

“Zarubezhneft turut berminat mengkaji aset Petronas,” kata Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak.