Petros, syarikat minyak dan gas dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak, menyasarkan akan mula aktif dalam industri minyak dan gas dalam tempoh dua tahun.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Petros akan cuba mengekploitasi segala peluang dalam industri minyak dan gas setelah beroperasi kelak.
"Tunggu dua tahun lagi untuk Petros terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miri Zon 10 di sini, pada Ahad.
Untuk rekod, Petros ditubuhkan secara rasmi pada Ogos 2017 untuk membolehkan penyertaan terus kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas di Sarawak.
Pada November 2017, Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo dipetik sebagai berkata, Petros dijangka beroperasi pada suku pertama 2018 dan kini sedang mencari calon sesuai mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Johari mencadangkan kaedah promosi pelancongan di Miri ditukar dengan menggunakan kaedah "Realiti Maya."
"Tanah tinggi Bario serta pantai di Bekenu di Miri amat sesuai menggunakan kaedah berkenaan bagi menarik kedatangan pelancong," katanya.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga penyelaras PBB Zon 10, Datuk Gerawat Gala berkata, mesyuarat perwakilan dari lapan cawangan PBB di sini sebulat suara menyokong untuk mengekalkan kepimpinan PBB sedia ada.
Gerawat berkata, keputusan sebulat menyokong Johari kekal sebagai Presiden PBB, tiada pertandingan untuk dua jawatan Timbalan Presiden dan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua Pemuda serta Ketua Wanita dalam mesyuarat agung perwakilan parti itu bulan depan.
"Kami akan bekerja keras bersama dengan parti komponen Barisan Nasional lain untuk merampas kembali kerusi Parlimen Miri daripada pembangkang " katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 14 2018
Petros ditubuhkan secara rasmi pada Ogos 2017 untuk membolehkan penyertaan terus kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas di Sarawak. - REUTERS/Fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.