Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengurangkan risiko pendedahan mereka dengan mempelbagaikan mata wang selain daripada euro atau dolar US selepas ringgit merosot berbanding dengan mata wang terbabit.
Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata PKS perlu mengambil kesempatan daripada dasar kerajaan China yang menggunakan renminbi tujuan urus niaga merentas sempadan.
Katanya, nilai ringgit ke atas renminbi tidak terlalu melemah berbanding dolar US dan euro.
"Kerajaan mengakui industri yang bergantung kepada import mungkin terjejas oleh susut nilai ringgit, kerana mereka lebih terdedah kepada pasaran luar di mana barangan import menjadi lebih mahal.
"Ini terjadi ke atas syarikat-syarikat yang mengimport bahan mentah, yang mana akan menyebabkan kos mereka melonjak," katanya kepada pemberita pada sesi dialog dengan PKS mengenai kelemahan nilai ringgit di sini pada Isnin.
Menurut Ahmad, pada kebiasaannya, sesebuah syarikat yang kukuh akan memperuntukkan lima hingga 10 peratus daripada margin mereka bagi mengurangkan kesan turun naik dalam nilai ringgit.
Bagaimanapun, ringgit telah menyusut sehingga 40 peratus daripada ramalan, kesan kewangan seperti ini adalah terlalu banyak untuk ditanggung oleh syarikat-syarikat ini.
Beliau juga menyarankan supaya PKS memiliki perancangan kewangan dan pengurusan aliran tunai yang lebih baik dengan memberikan perlindungan ke atas komitmen tukaran asing dan menggunakan lain-lain instrumen kewangan bagi mengurangkan kerugian dalam transaksi asing.
Katanya, PKS juga perlu untuk membangunkan hubungan yang rapat dengan bank supaya mereka dapat menjamin bantuan kewangan, terutama dalam kontrak ke hadapan atau lindung nilai tukaran asing.
Ini membantu mengurangkan risiko, sementara membolehkan PKS untuk membuat unjuran kewangan yang baik, sekali gus menguruskan turun naik matawang asing, katanya.
"PKS perlu juga perlu menggunakan input tempatan melalui penggantian import, bagi mengurangkan ketidakstabilan dalam kadar pertukaran matawang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
AHMAD: Perusahaan PKS untuk mengurangkan risiko pendedahan mereka dengan mempelbagaikan mata wang. - Gambar fail
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Euro kekal mata wang rizab kedua penting di dunia - Laporan
Euro mengekalkan peranan sebagai mata wang kedua paling penting di dunia selepas dolar Amerika Syarikat (AS).
RM60 juta dijumpai di kedai cetak
Hasil serbuan juga mendapati sindiket terbabit memiliki mesin pencetak berkualiti tinggi.
Liga Negara-Negara Eropah UEFA: Baik atau buruk?
Kejohanan baharu UEFA itu diperkenal bagi memaknakan pertemuan pasukan antarabangsa. Apa mungkin impaknya kepada pemain serta kualiti bola sepak secara amnya?
Kiswah baharu dipamer 20 Ogos ini
Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos.
Ia bukanlah perpisahan yang saya impikan - Iniesta
Andres Iniesta sahkan persaraannya dari khidmat bersama skuad kebangsaan Sepanyol di pentas antarabangsa.
Dapatkan rumah impian di kepulauan Mediterranean dengan hanya RM5!
Datuk Bandar Barbagia, Efisio Arbau menawarkan kepada mana-mana pembeli untuk memiliki salah satu rumah batu yang terdapat di Pulau Sardinia pada harga 1 Euro.
Kanak-kanak jumpa wang kertas 100,000 euro terapung di Sungai Danube
Seorang kanak-kanak lelaki menemukan wang kertas berjumlah 100,000 euro terapung di Sungai Danube.
Greece perlu penyusunan semula hutang untuk keluar dari krisis -Alexis Tsipras
Perdana Menteri Greece meluahkan rasa ragu mengenai langkah-langkah penjimatan yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.
Ringgit jatuh ke paras terendah sejak ia tidak lagi ditambat
Kejatuhan didorong risiko Greece disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Greece lakukan kawalan modal, hanya boleh keluarkan 60 Euro sehari
Greece akhirnya terpaksa melakukan kawalan modal selepas rundingan hutang menemui jalan buntu bersama pemberi pinjaman antarabangsa.