Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan saiz dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dinaikkan sebanyak 500 juta unit.
Perdana Menteri turut mengumumkan 50 unit tambahan percuma kepada 200,000 Akaun Remaja yang baru dibuka bermula Isnin depan.
Katanya yang juga Menteri Kewangan, penambahan 500 juta unit saham itu menjadikan keselurunan 4 bilion unit saiz dana AHB.
"AHB ini juga memberi pulangan yang konsisten iaitu sekitar 6.2 peratus.
"Ia suatu tahap pulangan yang begitu menarik sekali di mana kita boleh tunaikan duit kita pada bila-bila masa," katanya ketika berucap melancarkan 500 juta unit tambahan AHB di sini, hari ini.
Ujar beliau, sejak mula dilancarkan pada 2010, AHB ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai hingga dana itu perlu ditambah sebanyak empat kali.
Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengerusi PHB, Tan Sri Md Nor Md Yusof dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kamalul Arifin Othman.
AHB adalah unit amanah patuh syariah pertama di Malaysia dan diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) yang dilancarkan pada 29 November 2010 dengan dana permulaan 1 bilion unit.
Had maksimum pelaburan skim itu kini berjumlah RM500,000 manakala jumlah minimum pelaburan adalah RM100.
AHB diwujudkan bagi memberi peluang kepada masyarakat Bumiputera supaya dapat turut serta melabur dan mengambil bahagian dalam pemilikan benefisial hartanah komersial perdana di Malaysia melalui pegangan unit dalam AHB.
Harits Asyraf Hasnan, Nursyazwani Saiful Sham
Fri Sep 29 2017
Najib melancarkan penambahan 500 juta unit AHB, disaksikan antaranya oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani (kanan) dan CEO PHB Datuk Kamarul Ariffin Othman (tiga kiri). Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
AHB agih pendapatan interim 2.50 sen, dibayar pada 15 April ini
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) umum agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2024.
PM lancar 500 juta unit tambahan saham AHB
Perdana Menteri turut mengumumkan 50 unit tambahan percuma kepada 200,000 Akaun Remaja yang baru dibuka bermula Isnin depan.