Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan pertumbuhan ekonomi negara yang memperlihatkan pertumbuhan amat memberangsangkan.
Beliau berkata ini terutamanya melibatkan sektor perdagangan dan eksport, dengan nilai eksport negara melebihi RM70 bilion untuk bulan keempat berturut-turut sejak November 2016.
"Bagi Februari tahun ini, eksport kita mencecah RM71.77 bilion, naik 26.5 peratus berbanding tahun lalu. Kesemua sektor utama iaitu barangan perkilangan, hasil galian dan keluaran pertanian mencatat pertumbuhan yang tinggi.
"Ini adalah satu indikator positif dan satu suntikan semangat keyakinan terhadap usaha dan dasar kerajaan Malaysia," katanya dalam catatan di laman Facebook malam tadi.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jumlah perdagangan Malaysia pada Februari 2017 meningkat 27.1 peratus, mencecah RM134.83 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Najib berkata berdasarkan pertumbuhan memberangsangkan itu, institusi-institusi penyelidikan turut meramalkan ekonomi Malaysia akan berkembang lebih besar pada tahun ini berbanding ramalan awal.
Justeru, Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu berusaha untuk terus melangkah maju dalam merealisasikan pertumbuhan ekonomi kukuh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, sektor perdagangan dan eksport, dengan nilai eksport negara melebihi RM70 bilion untuk bulan keempat berturut-turut sejak November 2016. - Gambar fail
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.