Projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang kini mencapai tahap kemajuan 62 peratus.

Manakala fasa pertama laluan dari stesen Sungai Buloh ke stesen Semantan dijangka beroperasi sepenuhnya kepada orang awam pada bulan Disember tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Mahmood Abdul Razak hari ini.

Beliau berkata projek pembinaan itu sepatutnya berada pada tahap 61 peratus namun ia berjaya melebihi jangkaan sasarannya.


MRT
Projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang kini mencapai tahap kemajuan 62 peratus. -Gambar Fail