RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan prospek pelabuhan-pelabuhan Malaysia mengendalikan kontena dan kargo kekal memberangsangkan pada tahun ini sejajar dengan pemulihan ekonomi global secara berperingkat.
Dalam satu kenyataan, RAM Ratings berkata, pertumbuhan menyeluruh itu juga dijangka pada tahap satu angka berbanding tiga peratus pada 2016.
Ketua Bersama Infrastruktur dan Utiliti firma itu, Davinder Kaur Gill berkata prospek bagi pelabuhan-pelabuhan utama negara termasuk Westports Holdings Bhd, Northport (M) Bhd and Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd juga terus stabil susulan unjuran peningkatan ekonomi tempatan dan serantau.
"Bagaimanapun, kemudahan itu masih terdedah kepada kesan aliran semasa yang cenderung ke arah (dasar) perlindungan serta perubahan di peringkat pakatan perkapalan," katanya.
Davinder berkata, jumlah kendalian muatan Malaysia juga kukuh sepanjang 2016, termasuk kontena yang merekodkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 10 tahun sebanyak enam peratus manakala kargo sebanyak lima peratus.
Pada masa sama, katanya, Malaysia mengendalikan lebih 25 peratus kontena yang melintasi negara-negara ASEAN-5 (Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina) yang menyumbang tiga peratus daripada trafik global.
"Biarpun prospek bagi perdagangan serantau masih menggalakkan, pertumbuhan pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara bagi jangka panjang perlu dianalisis dalam konteks perkembangan ekonomi, kapasiti pelabuhan baharu rantau ini serta keperluan bagi pakatan perkapalan yang baharu dibentuk," katanya.
Jelasnya, keperluan pembiayaan pelabuhan Malaysia dan serantau adalah besar jika rancangan pengembangan itu menjadi kenyataan tidak lama lagi.
"Bagaimanapun, kami menyasarkan usaha itu dilaksanakan secara berperingkat," katanya.
Atas alasan itu, katanya, keperluan pembiayaan domestik dalam tempoh lima tahun seterusnya, diunjur dalam lingkungan RM5 bilion berikutan perkembangan membabitkan Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
"Anggaran itu berkemungkinan mencecah lebih RM250 bilion sekiranya projek berskala besar seperti Pelabuhan Klang ketiga di Pulau Carey dan Projek Melaka dimulakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2017
Prospek bagi pelabuhan-pelabuhan utama negara termasuk Westports Holdings Bhd, Northport (M) Bhd and Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd juga terus stabil. - Gambar fail www.lpktn.gov.my
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.