Kerjasama Proton Holdings Bhd dengan pengeluar kereta asing akan membolehkannya menghasilkan kereta lebih berkualiti dan menjadikannya lebih kompetitif di pasaran.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, selain itu kerjasama tersebut akan menyokong pembiayaan penyelidikan dan pembangunan Proton.
"Industri kenderaan bermotor adalah sesuatu yang inovatif. Kita hanya menjual 600,000 kenderaan setahun berbanding China yang menjual 24.3 juta kereta.
"Jika kita bekerjasama dengan syarikat besar atau negara besar, kualiti kereta kita akan menjadi kompetitif dengan bantuan jenama antarabangsa lain," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Ekspo Penyelesaian Perusahaan Kecil dan Sederhana 2016 di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu terletak kepada Proton yang kini dimiliki DRB-Hicom Bhd dan kerajaan tidak akan campur tangan dalam jualan kepentingannya.
"Mereka bebas untuk membuat keputusan mereka sendiri," katanya. Ong berkata, Proton sebelum nii telah berbincang dengan sebuah syarikat kereta China dan kini sedang berunding dengan pengeluar kereta Jerman.
"Saya berpendapat mereka mahu mendapatkan tawaran terbaik," tambahnya. Semalam DRB-Hicom berkata, ia sedang mengkaji cadangan mengenai penjualan pegangan Proton daripada lima pembeli berpotensi dan merancang menyelesaikan jualan itu menjelang pertengahan tahun depan. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2016
Industri kenderaan bermotor adalah sesuatu yang inovatif. Kita hanya menjual 600,000 kenderaan setahun berbanding China yang menjual 24.3 juta kereta. - Gambar fail
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Proton akan jadi lebih kompetitif dengan kerjasama asing - Ong Ka Chuan
Kerjasama Proton Holdings Bhd dengan pengeluar kereta asing akan membolehkannya menghasilkan kereta lebih berkualiti dan menjadikannya lebih kompetitif di pasaran.