Proton Holdings Berhad mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 12.6% pada Oktober, berikutan penyelarasan pasaran pada September, selepas pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Sebanyak 5,093 unit telah terjual sepanjang bulan itu, meningkat sebanyak 569 unit berbanding bulan sebelumnya, menurut satu kenyataan pada Khamis.

"Jumlah jualan yang dicapai adalah yang tertinggi untuk 2018, di luar tempoh lonjakan jualan pada Jun hingga September, semasa harga menikmati pelupusan cukai barangan dan perkhidmatan," kata syarikat itu.

Sementara itu, model sulung terbaru siri SUV X70 turut mendapat sambutan dengan tempahan sebanyak 10,000 unit dalam tempoh 49 hari.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jualan itu termasuk platform tempahan menerusi dalam talian yang dilancarkan pada 17 Oktober lalu.

"Dengan pelancaran Proton X70 yang ditunggu ramai, yang dijangka pada hujung tahun ini, model-model kereta Proton telah menerima tarikan semula daripada orang ramai," tambahnya.

Proton sentiasa komited dalam memastikan nilai kualitinya dengan melakukan pelaburan bagi memperoleh peralatan dan kelengkapan terkini yang diiktiraf.