Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diperkenalkan Proton Holdings Bhd dengan kerjasama Zhejiang Geely Holding Group dari China, menerima 200 hingga 300 tempahan sehari sejak ia dilancarkan secara rasmi dua minggu lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata lebih 60 peratus tempahan adalah untuk variasi premium yang menunjukkan pembeli tertarik dengan ciri-cirinya dan tahap peralatannya dan berpandangan ia adalah berbaloi
"Sokongan yang kukuh itu berterusan dan ini adalah maklum balas terbaik diterima Proton," katanya pada majlis makan malam media, pada Rabu.
Pembuat kereta nasional itu mencatatkan lebih 15,000 tempahan selepas kempen prapelancaran untuk model SUV pertamanya.
Dilancarkan pada 12 Disember, SUV itu ditawarkan dalam empat varian.
X70 yang menerapkan ciri-ciri model terbaik Boyou Geely akan dihasilkan sepenuhnya di China dan diimport sebagai unit siap bina (CBU) ke Malaysia.
Proton dan Geely bercadang mengeluarkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di kilang Proton di Tanjung Malim sebagai pemasangan tempatan (CKD) tahun depan dengan pelaburan RM1.2 bilion.
Abdul Rashid berkata, dengan kilang di Tanjung Malim dinaik taraf untuk pengeluaran RHD SUV berkenaan, Proton boleh menjual seberapa banyak unit CBU X70 melalui permit import sambil menunggu barisan pengeluaran CKD siap sekitar Oktober 2019.
X70 dilengkapkan dengan teknologi komunikasi mudah alih, sistem maklumat kokpit bersepadu maju yang menawarkan pelbagai fungsi pengguna selain keupayaan untuk disambungkan dengan peralatan mudah alih.
Proton menawarkan pembeli X70 pakej tambah nilai khas termasuk percuma alat ganti dan kos buruh untuk servis pertama selain kos buruh percuma untuk lima servis berjadual bagi 100,000 kilometer atau lima tahun.
Ia juga menawarkan kadar faedah rendah bermula 2.34 peratus setahun untuk pembeli yang layak, jaminan perbatuan tidak terhad sehingga lima tahun dan data internet satu gigabait sebulan untuk lima tahun.
"Tempahan baru X70 berpeluang menerima kereta berkenaan dalam masa dua ke tiga bulan daripada tarikh tempahan, bergantung kepada varian dan warna yang dipilih," kata Abdul Rashid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 27 2018
Proton menawarkan pembeli X70 pakej tambah nilai khas termasuk percuma alat ganti dan kos buruh untuk servis pertama selain kos buruh percuma untuk lima servis berjadual bagi 100,000 kilometer atau lima tahun. - Gambar fail
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Proton kekal momentum jualan kukuh pada November
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjual sebanyak 12,296 unit kenderaan pada November.
Proton lancar sedan S70, sasar jualan bulanan lebih 3,000 unit
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.
Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara
PROTON perlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.
Proton sasar jual model S70 2,000 unit sebulan - Timbalan Ketua Eksekutif
Proton Holdings Bhd (Proton) menyasar menjual model sedan terbaharunya, S70, sebanyak kira-kira 2,000 unit sebulan.