Pulau Pinang kekal sebagai satu daripada destinasi pelaburan utama di negara ini bagi pelabur asing terutamanya dalam industri elektrik dan elektronnik (E&E) dan peralatan perubatan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed berkata ini disebabkan oleh sejarah negeri itu, prasarana canggih dan ekosistem industrinya yang kukuh.
Bagi tempoh 2011 hingga September 2014, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) cawangan Pulau Pinang telah mempermudahkan lebih 200 lawatan daripada syarikat asing ke negeri ini.
"MIDA telah mengadakan pelbagai bengkel kerja dan taklimat mengenai Dana Strategi Pelaburan Domestik kepada persatuan industri dan syarikat di Pulau Pinang sejak dana itu diperkenalkan pada Julai 2012," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 17 Oktober dan 13 November MIDA akan menganjurkan Seminar Pelaburan Sektor Perkhidmatan di Pulau Pinang dan juga menyertai satu persidangan PKS, kata Mustapa.
"MIDA telah mempelawa INVEST Penang menjadi penceramah di Persidangan Perkhidmatan.
"Selain itu, kami juga merancang menganjurkan Persidangan SEMICON awal tahun depan, kali pertama diadakan di Malaysia dan Pulau Pinang," katanya.
Mustapa mengeluarkan kenyataan ini sebagai membalas kenyataan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Persekutuan dan MIDA telah berhenti mempromosikan pelabur ke negeri itu pada tahun lepas.
Beliau menyifatkan kenyataan Lim itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Tegasnya Kerajaan dan MIDA telah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan sejak 47 tahun lepas dan tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana negeri.
Keputusan untuk melabur, antara faktor-faktor lain, katanya, ditentukan oleh penilaian syarikat terhadap lokasi tapak.
Bernama
Sun Oct 12 2014
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed - Gambar fail
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Pulau Pinang kekal destinasi pelaburan utama, kata Mustapa
Kerajaan dan MIDA telah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan sejak 47 tahun lepas.