‘NEVER, never put the same thing on the same dish twice!’

Ini antara kata-kata hikmah Ketua Media Digital Alizila (portal berita yang menyediakan maklumat terkini mengenai Alibaba), Adam Najberg kepada AWANI REVIEW.

Najberg dalam pembentangan ketika Sidang Kemuncak Communication ASEAN (COMMA 2017) turut mendedahkan bagaimana teori “Rule of One” menjadi petua kejayaan Alibaba bagi memecah rekod jualan “Single’s Day” pada 11 November lalu.

COMMA 2017 ialah simposium 2 hari yang dianjurkan oleh Astro AWANI, baru-baru ini.

Beliau turut berkongsi kepentingan dalam mengutamakan konsep ‘satu mesej sahaja’ dalam penghasilan sesuatu kempen bagi memastikan keberkesanannya.

Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Breaking Out The Bamboo Curtain.


Layari awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang rahsia kejayaan gergasi e-dagang China ini dan bagaimana ia mampu menerobos pasaran antarabangsa