Rapid KL Monorail menyasar 26 juta penumpang menggunakan perkhidmatan itu menjelang akhir tahun ini bagi mencapai rancangan untuk enam tren mengandungi empat koc mengadakan perkhidmatan menjelang akhir tahun.
Ketua Pegawai Operasi Rapid KL Monorail, yang baru dilantik, Mohd Ariffin Idris berkata tren pertama dan kedua mengandungi empat koc sudah pun memulakan perkhidmatan sejak Disember tahun lepas.
"Tren ketiga empat koc dijadual memulakan perkhidmatan menjelang minggu depan. Kita sedang menunggu lampu hijau (kelulusan) daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Tren keempat akan memulakan perkhidmatan bulan depan," kata beliau pada sidang media di depot baharu monorail di Brickfields, di sini pada Sabtu.
Arrifin berkata tren kelima dan keenam mengandungi empat koc dijadual memulakan perkhidmatan menjelang suku akhir tahun ini.
"Dengan adanya tren empat koc yang berkapasiti lebih besar, Rapid KL Monorail dijangka boleh membawa lebih 70,000 penumpang sehari menjelang akhir tahun ini.
Tren baharu empat koc itu lebih aerodinamik berbanding tren (model sebelumnya) dan mempunyai skrin yang memaparkan maklumat dan destinasi. Ia akan menggantikan tren lama yang mengandungi dua koc, katanya.
"Projek pembesaran tren juga melibatkan menaik taraf semua 11 stesen monorail," kata beliau.
Dengan kapasiti maksimum 430 penumpang setiap tren berbanding 214 penumpang oleh tren mengandungi dua koc, ia boleh menampung lebih banyak penumpang dan penting semasa waktu puncak, katanya.
Dalam penstrukturan semula Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) bulan lepas, Ariffin, yang sebelum ini Ketua Penyelenggaraan bagi Prasarana Malaysia Bhd Laluan Ampang, menggantikan Abdul Hadi Amran yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi LRT Laluan Ampang.
Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, ialah pengendali Rapid KL Monorail.
Bernama
Sun Jul 05 2015
Mohd Ariffin (tengah) menunjuk kepada kamera litar tertutup (CCTV) yang baru dipasang di dalam salah satu tren empat koc di depot baharu monorail di Brickfields pada Sabtu. - fotoBERNAMA
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
Belanjawan 2021: MY30 jimatkan separuh kos pengguna harian pengangkutan awam
Inisiatif pas perjalanan tanpa had MY30 yang diperluaskan dalam Belanjawan 2021 dilihat amat memberi kesan positif kepada pengguna.
Mudah tapi indah: Alunan Negaraku gamatkan rel, bas, feri Prasarana
Lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang tepat jam 12 tengah hari Sabtu di semua hab dan mod pengangkutannya di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.
Tanah mendap di persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi
Kesesakan dilaporkan mula berlaku di Jalan Imbi - Jalan Hang Tuah di ibu negara yang berpunca daripada mendapan tanah.
Tambang LRT dan Monorel di Malaysia antara yang termurah di dunia
Malaysia adalah antara negara yang mempunyai harga tiket LRT dan Monorel yang terendah sekiranya dibandingkan dengan negara lain.
Tambang LRT Monorail naik, orang ramai beri reaksi negatif
Pengumuman kenaikan tambang LRT dan Monorail tahun hadapan telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.