RHB Banking Group melantik Dr Arup Raha sebagai Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikannya, menggantikan Lim Chee Sing yang bersara pada Jun tahun lepas.
Sebelum menyertai RHB, Arup merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi CIMB Group, serta Ketua Ekonomi bagi CIMB ASEAN Research Institute dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan bagi ekonomi dan pasaran kewangan Asia.
"Pelantikan Arup akan mengukuhkan lagi keupayaan pasukan penyelidikan kami dan menjadikan RHB Research sebagai francais penyelidikan utama di rantau ASEAN," kata Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli dalam satu kenyataan hari ini.
Arup, yang berpangkalan di Singapura akan menyelia pasukan ekonomi serantau dan mengetuai penyelidikan dalam semua bidang ekonomi yang termasuk ekuiti, pendapatan tetap dan mata wang asing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2018
RHB Banking Group melantik Dr Arup Raha sebagai Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikannya. - Gambar fail
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
RHB lantik ketua ekonomi baharu kumpulan
RHB Banking Group melantik Dr Arup Raha sebagai Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikannya, menggantikan Lim Chee Sing yang bersara pada Jun tahun lepas.