RHB Research Sdn Bhd menjangka perubahan yang besar bagi Bajet 2019, dengan pengurangan yang ketara dalam bidang tertentu susulan kerajaan menyelaraskan proses perolehannya dan memperkenalkan tender terbuka untuk semua perolehan awam.
Dalam nota hari ini, Ahli Ekonomi Vincent Loo Yeong Hong berkata bidang yang dijangka menyaksikan pengurangan yang ketara sehingga 10 peratus termasuklah bekalan dan perkhidmatan, yang diperuntukkan RM33.6 bilion atau 12 peratus daripada jumlah Bajet 2018, selain geran dan pindahan, yang menerima RM38 bilion atau 13.6 peratus sebelum ini.
Beliau berkata bidang lain yang mungkin terlibat termasuklah perbelanjaan pembangunan seperti yang dapat dilihat melalui langkah kerajaan baru-baru ini dengan membatalkan atau menangguhkan projek-projek infrastruktur, selain emolumen penjawat awam selepas penamatan 17,000 lantikan politik.
"Subsidi (RM26.5 bilion atau 9.5 peratus daripada perbelanjaan) dijangka menyaksikan penurunan yang sederhana sebanyak tiga hingga lima peratus berikutan kerajaan menyatakan subsidi minyak akan disasarkan untuk kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1,300cc dan motosikal di bawah 125cc," kata Loo.
Ahli Ekonomi itu juga berkata kerajaan perlu mengetatkan perbelanjaannya berikutan ia menghadapi pengurangan dari segi perolehan susulan penggantian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), selain membenarkan syarikat untuk tolak selesai ke atas pulangan cukai pendapatan yang terhutang pada tahun-tahun sebelumnya bagi cukai yang perlu dibayar pada tahun-tahun akan datang.
"Ini membawa kepada kutipan cukai yang lebih rendah pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Loo berkata kerajaan telah menyatakan sebanyak RM19.2 bilion bayaran balik GST telah tertangguh dan RM16 bilion lagi bayaran balik cukai individu dan syarikat belum dikembalikan, melibatkan tempoh selama enam tahun serta 1.65 juta individu dan syarikat.
"Kerajaan telah membenarkan pembayar cukai yang belum menerima bayaran balik cukai membuat permohonan tolak selesai ke atas cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk tahun semasa. Mengenai bayaran balik GST, ia memberi jaminan kepada syarikat bahawa mereka akan menerima bayaran balik GST mereka mulai tahun depan.
"Walaupun tempoh bayaran balik itu dalam tempoh tiga hingga lima tahun, bayaran tahunan GST dan bayaran balik cukai pendapatan masih besar antara RM7.1 bilion dan RM11.8 bilion," kata Loo, sambil menambah defisit Bajet 2019 dijangka dikekalkan pada 2.8 peratus. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 19 2018
Bidang yang dijangka menyaksikan pengurangan yang ketara sehingga 10 peratus termasuklah bekalan dan perkhidmatan selain geran dan pindahan.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
BNM boleh lebih beransur dalam menaikkan OPR - Ahli ekonomi
OPR berada pada tahap neutral apabila ia mencecah 3.0 peratus, iaitu tidak terlalu ketat dan mencukupi untuk mengendalikan risiko inflasi.
Langkah kerajaan kekalkan tarif elektrik bantu pengguna elak impak langsung kenaikan harga
Ahli ekonomi berpendapat keputusan kerajaan untuk tidak melepaskan kadar surcaj lebih tinggi kepada pengguna juga dapat melegakan ramai, termasuk perniagaan secara keseluruhannya.
Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS menjelang akhir tahun
Ringgit dijangka mengukuh ke paras RM4.25 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun dalam persekitaran asas ekonomi Malaysia yang kukuh.
Penganalisis, ahli ekonomi terus yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia
Penganalisis dan ahli ekonomi terus yakin dengan prospek ekonomi Malaysia, menunjukkan bahawa permintaan domestik dan sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan.
Ahli ekonomi jangka ekonomi Malaysia berkembang perlahan pada 3.5 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang perlahan tahun ini, kata Profesor di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Geoffrey Williams.
Ringgit dibuka susut pada 4.1985 berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, ringgit berada pada 4.1985/2020 berbanding dolar AS daripada 4.1910/1930 sewaktu urus niaga ditutup semalam.
Faktor luaran terus pengaruhi prestasi ringgit minggu depan
Dolar AS dan ringgit diunjurkan diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.15 hingga RM4.16 minggu depan.
HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.
BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus pada mesyuarat Khamis ini - Ahli ekonomi
Kalangan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 4 Mac ini .