Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong unjuran eksport positif pada Oktober, seperti ditunjukkan oleh undian Reuters, dalam keadaan harga minyak mentah yang kukuh pada paras tertinggi sejak pertengahan 2015.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup 275 mata asas meningkat kepada 4.0600/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0875/0915 pada Khamis lepas.

Pasaran ditutup pada Jumaat minggu lepas sempena cuti umum Mualidur Rasul.

Ketua Dagangan bagi Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata kepada Bernama, para pelabur kekal yakin terhadap ringgit memandangkan pertumbuhan global yang positif memberi petanda baik kepada eksport domestik.

Sebelum ditutup, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0094/0142 daripada 3.0278/0328 Khamis lepas, selain kukuh berbanding euro to 4.8123/819 daripada 4.8355/8419.

Nota tempatan juga meningkat berbanding yen kepada 3.5958/5009 daripada 3.6379/6424 pada Khamis minggu lepas, dan naik berbanding pound kepada 5.4522/4609 daripada 5.5001/5072.

-- BERNAMA