Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pemulihan permintaan terhadap unit tempatan itu serta seiring dengan prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik, kata seorang peniaga.
Pada 9.01 am, unit tempatan itu disebut pada 3.9800/9850 berbanding 3.9870/9900 sewaktu ditutup pada Rabu.
Seorang peniaga berkata pasaran saham dan tukaran asing kembali meningkat berikutan kemelut politik Itali yang semakin reda.
Sebahagian daripada pemulihan itu didorong oleh laporan bahawa dua parti terbabit kini berusaha untuk membentuk kerajaan, sekali gus mengelak negara itu kembali ke medan pilihan raya untuk kali kedua, tahun ini.
Menurutnya, aliran yang cenderung kepada aset selamat turut susut pada Rabu apabila euro kembali menokok hampir 1.0 peratus berbanding dolar AS dan mengatasi semua kerugian dialami pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata ringgit didagangkan dalam keadaan perlahan namun terikat dengan risiko di peringkat global.
"Faktor luaran akan terus mempengaruhi prestasi ringgit dalam masa terdekat ini. Data bukan penggajian AS yang akan diumumkan pada Jumaat ini berkemungkinan besar akan menentukan hala tuju dolar AS," katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.
Ia rendah berbanding pound Britain kepada 5.2906/2989 daripada 5.2904/2963 dan susut berbanding euro pada 4.6403/6469 daripada 4.6301/6344 pada Rabu.
Ringgit bagaimanapun tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9713/9754 daripada 2.9714/9741 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6608/6664 daripada 3.6645/6680, semalam. -- Bernama
Bernama
Thu May 31 2018
Pasaran saham dan tukaran asing kembali meningkat berikutan kemelut politik Itali yang semakin reda. - REUTERS/Fail
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Pelaburan syarikat milik Elon Musk menguntungkan negara - PM Anwar
Anwar menjelaskan, segala keistimewaan yang diperolehi oleh Space X dan Tesla pernah dilakukan sebelum ini terutama pelaburan melibatkan IT.
Enam telco dijangka pegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional - Annuar
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.
Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.
Aliran masuk asing berkurangan kepada RM649 juta minggu lalu
Aliran masuk asing bagi minggu berakhir 11 Mac pula berjumlah RM649 juta, lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.
Malaysia catat aliran keluar asing 4 tahun berturut-turut sejak 2018
Ia menandakan empat tahun berturut-turut yang menyaksikan jualan bersih oleh pelabur asing bermula pada 2018.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada sesi dagangan awal pagi ini
Pada jam 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.84 mata kepada 1,587.36 daripada 1,582.52 ketika ditutup para urus niaga minggu sebelumnya.
Pelabur asing jual ekuiti tempatan bernilai RM288.2 juta bersih minggu lepas
Pelabur antarabangsa memulakan minggu berkenaan dengan melupuskan sejumlah RM199.7 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.
Elon Musk muncul individu terkaya dunia
Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua.
5 tip mudah mulakan pelaburan saham, fahami patuh syariah
STOK atau dikenali sebagai saham merupakan salah satu daripada instrumen yang terbukti berkesan dan boleh dipercayai untuk mengembangkan kekayaan anda.
AirAsia X akan distruktur semula
Ketua Pegawai Eksekutif Benyamin Ismail berkata AirAsia X dan banyak syarikat penerbangan lain sedang bergelut dalam tempoh pandemik ini.