Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang pasaran sedang pesat membangun lain susulan pengukuhan pasaran ekuiti dan yuan China, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1080/1110 berbanding dolar AS daripada paras 4.1125/1155 pada Isnin.
Peniaga itu berkata yuan China mendapat manfaat daripada kekukuhan pasaran ekuti negara tersebut hari ini tetapi kenaikan terhad susulan kebimbangan terhadap penularan wabak 2019 novel coronavirus.
Beliau berkata China meredakan kebimbangan terhadap impak ekonomi akibat daripada wabak coronavirus itu dengan menurunkan kadar faedah dan menyuntik 1.2 trilion yuan mudah tunai ke dalam pasaran bagi mengurangkan kesan ekonomi yang disebabkan virus itu.
Bagaimanapun, beliau berkata dolar AS juga kekal kukuh berbanding mata wang lain apabila aktiviti ekonomi Amerika Syarikat dalam sektor pembuatan, seperti yang dilaporkan oleh Institute for Supply Management, melantun semula pada Januari selepas lima bulan mencatatkan penguncupan.
"Dolar AS dijangka kekal kukuh dalam tempoh jangka pendek apabila kebimbangan berterusan terhadap coronavirus akan memberi manfaat kepada mata wang itu dan menyeret turun keseluruhan mata wang pasaran sedang pesat membangun," katanya.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9970/0001 daripada 3.0051/0084 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7654/7691 daripada 3.7896/7931.
Ringgit juga mengukuh berbanding euro kepada 4.5410/5459 daripada 4.5529/5579 sebelumnya dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3466/3521 daripada 5.3792/3839.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1080/1110 berbanding dolar AS daripada paras 4.1125/1155 pada Isnin. - Gambar hiasan
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini
Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.