Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM381.4 bilion setakat 29 April 2016.

Jumlah itu bersamaan US$97 bilion dolar.

BNM dalam satu kenyataan berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan satu kali hutang luar negeri jangka pendek.

Dalam kenyataan oleh bank pusat itu, ia berkata komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah US$89.1 bilion, kedudukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada US$8 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) berjumlah US$1.2 bilion, emas (US $ 1.4 bilion) dan aset rizab lain berjumlah US$4.5 bilion.

Bank pusat berkata aset keseluruhannya berjumlah RM403.198 bilion.

Ia termasuk kertas kerajaan Malaysia pada RM2.049 bilion, deposit dengan institusi kewangan, RM1.783 bilion, pinjaman dan pendahuluan pada RM7.252 bilion, tanah dan bangunan, RM2.113 biliondan aset-aset lain berjumlah RM8 0,648 bilion.

Manakala liabilitinya terdiri daripada modal berbayar, RM100 juta, rizab, RM102.424 bilion, mata wang dalam edaran RM89.393 bilion, deposit oleh institusi kewangan, RM161.216 bilion, deposit kerajaan persekutuan, RM8.617 bilion, deposit lain, RM625.224 juta, kertas Bank Negara, RM19.343 bilion, peruntukan SDR, RM7.370 bilion dan liabiliti lain pada RM14.107 bilion.