Rizab Malaysia tetap boleh guna pada akhir Mei 2018 dengan aset rizab rasmi berjumlah US$108.46 bilion, mengikut format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF SDDS).
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata aset mata wang asing lain berjumlah US$907.4 juta.
"Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak US$248.3 juta.
"Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak US$12.78 bilion pada akhir Mei 2018, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan," kata BNM.
Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, bank pusat berkata data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah US$2.58 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Menurut BNM, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun berjumlah US$90.2 juta.
"Tidak ada pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," kata bank pusat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 29 2018
BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Pelabur asing catat aliran masuk RM674 juta ekuiti Malaysia pada Sept 2023 - Maybank IB
Ia juga mewakili pembelian bersih pelabur asing bagi bulan ketiga berturut-turut, di mana mereka mencatat aliran masuk pada Julai dan Ogos.
Malaysia catat aliran keluar asing 4 tahun berturut-turut sejak 2018
Ia menandakan empat tahun berturut-turut yang menyaksikan jualan bersih oleh pelabur asing bermula pada 2018.
Ringgit terus lemah berbanding dolar AS pagi ini
Para pelabur terus yakin terhadap pertumbuhan ekonomi AS dan terdapat kemungkinan berlakunya aliran keluar pelaburan dari pasaran Asia.
Tun M: MIGHT boleh bantu rakyat faham kepentingan kereta nasional ketiga
MIGHT boleh memainkan peranan besar dalam memberi penjelasan kepada rakyat berhubung cadangan itu serta untuk menyokong industri lain Malaysia dalam mewujudkan ekonomi seimbang.
Rizab Malaysia tetap boleh diguna pada akhir bulan Mei 2018, kata BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata aset mata wang asing lain berjumlah US$907.4 juta.