KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan keputusan yang diperoleh berdasarkan proses undian suara.

Ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

Sesi penggulungan RUU bagi Kementerian Perpaduan Negara   dilakukan menterinya, Datuk Halimah Sadique.

Kementerian Perpaduan Negara menerima peruntukan bernilai RM150 juta dalam Belanjawan 2021. 

Terdahulu Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar menerusi proses undian yang sama.