Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS) mengambil alih 15 peratus kepentingan ekuiti dalam LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga) daripada anak syarikat Royal Dutch Shell plc, Shell Gas Holdings (M) Ltd, menjadikan jumlah kepentingan pegangan dalam operator loji gas asli cecair (LNG) itu sebanyak 25 peratus.
Majlis menandatangani perjanjian pembelian saham itu berlangsung di sini hari ini, disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Setiausaha Kewangan Negeri Datuk Seri Ahmad Tarmizi Sulaiman, menandatangani perjanjian itu bagi pihak kerajaan Sarawak manakala Shell diwakili Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo.
Pemegang saham lain dalam MLNG Tiga ialah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dengan 60 peratus kepentingan ekuiti, Nippon Oil Finance (Belanda) B.V dengan 10 peratus, dan Diamond Gas (Netherland) B.V, anak syarikat Mitsubishi Corporation, sebanyak lima peratus.
Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), anak syarikat Petronas, mengendalikan MLNG Tiga yang merupakan sebahagian daripada Kompleks LNG Petronas yang lebih besar di Bintulu.
Pada sidang akhbar selepas itu, Abang Johari berkata pengambilalihan terkini itu sejajar dengan usaha Sarawak untuk meningkatkan aliran pendapatannya.
"Sebagai sebahagian daripada keupayaan pengembangan pendapatan, kami baru-baru ini memperoleh 10 peratus kepentingan dalam LNG Train 9 dan hari ini kami mengambil alih 15 peratus kepentingan dalam MLNG Tiga yang dipegang oleh Shell sebagai tambahan 10 peratus ekuiti sedia ada.
"Menerusi pelaburan tambahan di MLNG Tiga selain pelaburan sedia ada di Kompleks LNG Bintulu, iaitu di MLNG, MLNG Dua dan Train 9, kami menjangkakan pulangan pelaburan yang sihat dan mampan," kata Ketua Menteri.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah yang dibayar oleh SFS untuk menguasai kepentingan 15 peratus dalam MLNG Tiga.
Abang Johari mengharga kerjasama Shell kepada kerajaan dalam proses pemerolehan itu.
MLNG Tiga Sdn Bhd diperbadankan pada 8 Nov 1995 bagi mengendali dan mengurus loji LNG ketiga di Tanjung Kidurong, Bintulu.
Ketua Menteri berkata sehingga Februari tahun ini, Sarawak menerima dividen terkumpul lebih daripada RM20 bilion menerusi pelaburannya dalam projek-projek LNG. -- Bernama
Bernama
Fri Apr 13 2018
SFS mengambil alih 15 peratus kepentingan ekuiti dalam MLNG Tiga daripada Shell Gas Holdings (M) Ltd, menjadikan jumlah kepentingan pegangannya sebanyak 25 peratus.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.