Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia akan menyiasat sebuah yayasan berdaftar di Singapura mengenai rancangan untuk melancarkan tawaran syiling permulaan (ICO) yang dikenali sebagai CopyCashCoin (CCC).
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata, pihaknya mendapati terdapat peningkatan dalam aktiviti ICO baharu yang menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang ramai, termasuk warga emas.
Menurutnya, seperti dilaporkan media, yayasan itu akan melancarkan ICO pada 10 Jan 2018 dan pengendali ICO tersebut telah mengadakan ceramah dan seminar di bandar utama di Malaysia, termasuk Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Memandangkan aktiviti tersebut mungkin termasuk dalam bidang kuasa undang-undang sekuriti, pihak SC akan menjalankan siasatan rasmi terhadap CCC dan pengendalinya," katanya.
Ia juga mengingatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat undang-undang atau profesional jika mereka ragu mengenai keperluan perundangan dan kawal selia yang berkenaan.
"Pelabur perlu berhati-hati terhadap risiko dalam ICO dan pengaturan pelaburan yang melibatkan token digital.
"Pelabur hendaklah memahami produk tersebut, mengetahui lebih lanjut mengenai projek dan perniagaan asas serta aset pengendali dan skim, terutama apabila tiada maklumat yang mencukupi mengenai syarikat atau stuktur perundangannya," katanya.
Selain itu, katanya, pelabur hendaklah berwaspada kerana mereka terdedah kepada risiko penipuan disebabkan ICO beroperasi secara dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia.
SC akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain untuk memantau aktiviti sedemikian dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu, tambahnya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 05 2018
SC berkata pihaknya mendapati terdapat peningkatan dalam aktiviti ICO baharu yang menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang ramai, termasuk warga emas.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
SC akan siasat yayasan berdaftar di Singapura berkaitan "CopyCashCoin"
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata terdapat peningkatan dalam aktiviti ICO baharu yang menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang ramai, termasuk warga emas.