Scomi Engineering Bhd hari ini menjelaskan bahawa sebarang cadangan melibatkan pegangan ekuiti dalam bahagian rel syarikat itu masih di peringkat awal dan penerokaan.

Syarikat itu mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini susulan laporan berita mengatakan firma dari China berminat dengan operasi rel Scomi.

"Syarikat terus meneroka peluang untuk pertumbuhan perniagaan dalam kumpulan, termasuk bahagian relnya.

"Kami akan membuat pengumuman yang perlu kepada Bursa Malaysia mengikut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama," menurut Scomi.

Saham Scomi Engineering meningkat 10.5 sen kepada 42 sen dengan 5.49 juta saham diniagakan setakat 2.09 petang. -- Bernama