Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) optimis industri francais mampu berkembang kepada RM27 bilion tahun hadapan berbanding RM26.6 bilion tahun ini.

Ia merupakan 3.4 peratus daripada keseluruhan pendapatan negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata jumlah sumbangan sektor berkenaan mampu bertambah selari dengan peningkatan jumlah syarikat francais di negara ini.

Ketika ini, negara mempunyai 844 syarikat francais dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 1,000 pada 2020.

Daripada jumlah itu, 65 buah syarikat francais tempatan telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke 66 buah negara

Ia melibatkan 4,217 cawangan di seluruh dunia.

“Setakat ini kita mahu syarikat ini diperluaskan dengan promosi-promosi yang kita adakan di luar negara,” jelas Henry.

Beliau ditemui selepas majlis Perasmian Hari Francais sempena Karnival Jualan Mega kpdnkk 2017 di Ipoh, pada Jumaat.