Sime Darby mengumumkan ia telah meletakkan harga penerbitan suku lima tahun sebanyak USD400 juta (RM1.2 bilion) pada kadar kupon tetap iaitu 2.053 peratus.

Ia sekligus telah menetakkan terbitan sukuk 10 tahun 400 juta itu pada kadar kupon tetap 3.29 peratus.

Tawaran berkenaan mewakili pengenalan terbutan Dolar Amerika Antarabangsa Sime Darby dan pengambilan daripada program penerbitan sukuk pelbagai mata wang satu perpuluhan lima billion USD yang baru diwujudkan.

Sime Darby adalah penerbit Sukuk pertama dunia yang membuat penerbitan dalam pasaran modal hutang Dolar pada 2013.

Menurut syarikat dalam satu kenyataan penerbitan Dolar Amerika pertama daripada syarikat itu cemerlang.

Sekaligus membolehkan syarikat itu menarik tempahan yang kukuh sebanyak lebih lapan billion USD atau kadar langganan lebih 10 kali ganda menerusi tempahan 376 daripada pelabur berkualiti tinggi.

Ia turut berpuas hati dengan penerbutan pertama itu dan sambutan pelabur yang rancak.

Sime Darby merancang untuk menggunakan perolehan bersih daripada penawaran untuk perbelanjaan modal, keperluan modal kerja dan keperluan am korporat.