Sime Darby Berhad melaporkan keuntungan sebelum cukai dan faedah sebanyak RM1.1 bilion.

Syarikat itu juga melaporkan pendapatan bersih sebanyak RM618 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018.

Keputusan ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeffri Salim Davidson.

Jumlah pendapatan untuk operasi tahun ini ialah RM33.8 bilion.

Dividen interim kedua sebanyak 4 sen sesaham dan dividen khas sebanyak 2 sen sesaham dinyatakan pada tahun kewangan ini.

Pada 30 November 2017, Sime Darby Berhad berjaya menyenaraian keseluruhan saham syarikat Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Oleh itu, perniagaan Perladangan dan Hartanah dihentikan laporannya.

Kedua-dua syarikat, Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad telah dipecahkan daripada ibu syarikat utama kumpulan itu, iaitu Sime Darby Berhad.

Sime Darby Berhad kini memberi tumpuan kepada perniagaan Perindustrian, Motor, Logistik dan Penjagaan Kesihatan ( Operasi Berterusan).