Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, merekodkan kutipan caruman sebanyak RM36.8 juta, setakat 9 Mac.
Pengerusi Perkeso Tan Sri Aseh Che Mat, berkata jumlah kutipan itu melibatkan 292,250 majikan seluruh negara.
"Pertambahan jumlah kutipan ini dilihat memberangsangkan memandangkan ia meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh kurang sebulan, iaitu daripada RM19,922,407 pada 15 Februari lalu," katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja di Wisma Perkeso di sini hari ini.
SIP diperkenalkan sebagai jaringan keselamatan sosial bagi membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.
Aseh berkata sehingga kini sebanyak 3,068 pemohonan pembayaran SIP dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,650 pemohon telah menerima bayaran melibatkan RM 960,000.
"Setiap penerima akan menerima bayaran RM600 yang diberi secara bulanan selama tiga bulan kepada pencarum untuk meringankan beban mereka sementara mendapat pekerjaan baharu," katanya.
Perkeso sebelum ini dilaporkan menyasar kutipan SIP sebanyak RM479.5 juta, membabitkan 403,000 majikan dan 6.6 juta pekerja yang mencarum dengan Perkeso.
Semasa ditanya mengenai pertambahan jumlah bayaran SIP pada masa akan datang, Aseh berkata pencarum akan mendapat bayaran SIP sehingga 90 peratus daripada jumlah gaji mereka mulai Februari depan berikutan caruman telah mencapai tempoh matang.
Terdahulu, Aseh menyerahkan cek dan alat pemulihan kepada lapan penerima faedah Perkeso termasuk tiga penerima SIP. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
SIP diperkenalkan sebagai jaringan keselamatan sosial bagi membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru. - Gambar fail
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
[TERKINI] Senarai mangsa masih dikemaskini
TLDM memaklumkan sedang mengemaskini senarai akhir identiti mangsa terlibat.
Maklumat awal yang kami diperoleh Astro AWANI, kesemua mangsa adalah anggota TLDM, dan tidak melibatkan orang awam.
Maklumat awal yang kami diperoleh Astro AWANI, kesemua mangsa adalah anggota TLDM, dan tidak melibatkan orang awam.
[TERKINI] TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
SIP rekod caruman RM36.8 juta
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, merekodkan kutipan caruman sebanyak RM36.8 juta, setakat 9 Mac.
PERKESO lulus 110 permohonan SIP
Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata pemohon diberi bantuan kewangan sementara selama enam bulan bagi membolehkan mereka mendapatkan semula pekerjaan.
Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya tahun ini -Aseh
Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.