KUALA LUMPUR: Dalam usaha menangani kesan akibat COVID-19 dari sudut kesihatan dan ekonomi, kerajaan mempelajari bahawa statistik boleh membantu memastikan rakyat Malaysia kekal mempunyai pendapatan untuk keperluan asas bagi menyara kehidupan seharian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kerajaan juga mempelajari terdapat keperluan pada masa kini untuk menyusun dan menyebarkan statistik granular dan berasaskan masa sebenar.
"Contohnya, dalam memberikan bantuan kepada rakyat, kita memerlukan mekanisme data yang lebih mantap bagi menjejaki perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kumpulan yang berada di bawah garis kemiskinan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Statistik Malaysia 2021 secara maya pada Rabu.
Beliau berkata pandemik ini juga telah meningkatkan kepentingan statistik, memandangkan semua pihak mahu mendapatkan maklumat terkini mengenai pengangguran dan inflasi pada setiap bulan atau setiap minggu.
"Statistik seperti yang diperkatakan, tidak berbohong," katanya.
Mustapa berkata untuk memenuhi harapan semua pihak, terdapat keperluan untuk penyebaran data granular yang cepat dan telus kepada rakyat Malaysia.
Mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020), beliau berkata pada 14 Okt 2021 sebanyak 90 peratus penduduk telah dibanci, dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) tetap komited untuk menyelesaikannya menjelang akhir bulan ini.
Banci 2020 sepatutnya selesai pada 24 Okt, 2020 namun terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, katanya.
Selain itu beliau berkata dalam situasi pandemik, walaupun dengan semua cabaran yang dihadapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta prosedur operasi standard oleh kerajaan, tiada penerbitan DOSM yang terjejas.
"Malah, semua 519 penerbitan pada 2020 dan 269 penerbitan pada 2021, setakat 30 September telah dikeluarkan tepat pada masanya," katanya.
Sementara itu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sepanjang tempoh beberapa siri PKP bermula tahun lepas, DOSM berjaya membekalkan maklumat dan laporan yang sangat berguna kepada umum hampir setiap hari.
Beliau berkata antaranya ialah Laporan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) yang kini telah memasuki siri kelapan mengandungi 322 indikator ekonomi.
Selain itu, 61 laporan DOSM Intelligence Kajian Kes Impak PKP di lapangan mengikut sektor terpilih seperti perkhidmatan, pembinaan dan pembuatan; selain produk yang telah ditetapkan penyebarannya telah diterbitkan secara bulanan, suku tahun dan tahunan, katanya.
Mohd Uzir berkata melangkah ke hadapan, DOSM tanpa henti telah membekalkan statistik ekonomi dan sosial kepada kerajaan bagi tujuan penggubalan dasar negara.
Beliau berkata DOSM meneruskan kecemerlangan dengan penyebaran statistik sosioekonomi peringkat geografi terkecil dengan penerbitan Mylocal Stats.
"Penerbitan bagi setiap daerah ini mengandungi 101 jadual statistik pelbagai indikator ekonomi dan sosial.
"Antara indikator yang dikeluarkan seperti kadar pengangguran sebagai input kepada perancangan pembangunan sumber manusia di daerah-daerah yang terkesan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta pendapatan rakyat," katanya.
Persidangan Statistik Malaysia 2021 bertemakan 'Mengemudi Daya Tahan Pemulihan Menerusi Statistik', yang dianjurkan bersama DOSM, Bank Negara Malaysia dan Institut Statistik Malaysia, diadakan serentak dengan Hari Statistik Sedua yang disambut hari ini.
Mohd Uzir berkata sejajar dengan usaha pemulihan global, tema persidangan tahun ini bertepatan dengan situasi dunia yang sedang dalam fasa pemulihan dengan menggunakan penyelesaian statistik sebagai platform utama.
Menurut kenyataan DOSM pula, persidangan itu diadakan secara maya dengan melibatkan 18 kertas pembentangan dan 23 poster.
Persidangan ini diadakan untuk membincangkan analisis dan penemuan baharu serta bertukar pandangan dan idea antara perangkawan, penyelidik, pakar statistik dan pengguna data berkenaan dengan cabaran dalam penyusunan, penggunaan dan penyebaran statistik rasmi, jelasnya.
DOSM menambah, Hari Statistik Negara 2021 pula bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan komuniti statistik berkaitan kepentingan statistik kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang memerlukan keputusan yang betul serta berasaskan bukti dan fakta yang menyeluruh dan mencukupi.
Berlandaskan ketersediaan statistik yang tepat, penyaluran sumber negara bagi perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan dalam memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Mustapa berkata untuk memenuhi harapan semua pihak, terdapat keperluan untuk penyebaran data granular yang cepat dan telus kepada rakyat Malaysia. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
LIAM gesa rakyat Malaysia dapatkan perlindungan insurans
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat berikutan trend pembayaran tuntutan yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga rakyat Malaysia kayuh basikal tiba di Madinah
Ahmad Mohd Isa, Noradilah Mohd Sapie dan Abdul Halim Talha tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000km.
Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo
Kementerian Komunikasi akan terus menambah baik peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung dasar dan polisi Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Air mata di Aidilfitri, jenazah Wan Nur Adlina Alisa selamat dikebumi
Tiada yang lebih menyedihkan bagi keluarga Wan Nur Adlina Alisa apabila terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan hiba apabila menerima jenazahnya, sebelum mengebumikannya.