Datuk Seri Dr Sulaiman Mahbob telah menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Telekom Malaysia Berhad (TM) pada 30 Nov, 2018 lalu.

Pada November 2018, Sulaiman merupakan antara 14 bekas Lembaga Pengarah dan kakitangan FGV yang disaman oleh syarikat itu berkaitan dengan urusan jual beli di antara FGV dan Asian Plantations Ltd.

Bekas Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka Datuk Bazlan Osman telah meletak jawatan pada bulan lalu.

Pada Jun 2018, Datuk Seri Shazalli Ramly telah meletak jawatan sebagai CEO syarikat itu.

Ketua Pegawai Operasi TM, Imri Mokhtar telah diberi amanah untuk menjawat jawatan Pemangku CEO berkuat kuasa 16 November 2018.


Berita tentang saman FGV terhadap bekas pengarah mereka

Buat masa ini, TM belum mengeluarkan kenyataan sebab Sulaiman mengundurkan diri sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.

Ini sejajar dengan tindakan syarikat itu tidak menyatakan mengapa Bazlan, mahupun Shazalli meletak jawatan sebelum ini.

Seorang penganalisis sektor telekomunikasi telah menyatakan bahawa TM sedang 'melalui cabaran untuk memperbaiki prestasi mereka dan mereka terlalu lewat untuk menyahut cabaran kerajaan dalam memperbaiki sistem telekomunikasi negara.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo telah menyatakan hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan jalur lebar sebanyak dua kali lagi laju, dengan harga separuh dari apa yang ada sekarang.

TM masih belum memberi kata putus tentang pemberian perkhidmatan yang diperlukan oleh kerajaan.

Rancangan Bina Semula melaporkan tentang permintaan Menteri Komunikasi untuk memperbaiki perkhidmatan jalur lebar

Pengerusi baharu TM Rosli Man memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Rosli Man memiliki pengalaman selama lebih 32 tahun dalam industri telekomunikasi, sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Telekom Malaysia Berhad (TM) pada tahun 2008.

Sejak itu, Rosli pernah menggalas tugasan perundingan (consultation) sebelum kembali ke TM sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif mulai 3 Disember 2018.