Pembentangan Bajet 2018 bakal memperlihatkan prestasi semasa ekonomi negara dan kesediaan rakyat menerima perubahan dasar menerusi perspektif pakar ekonomi, ahli akademik dan penganalis.
Kordinator WeMalaysia Australia cawangan Queensland Muhammad Noor Ikhwam Nordin berkata, pembentangan Bajet 2018 adalah sesuatu yang penting untuk golongan muda yang mahukan peluang dan inisiatif bermanfaat untuk mereka pada masa kini dan hadapan.
"Ia menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia tidak kira d bandar dan luar bandar malah di luar negara sekali pun, menanti detik penuh bermakna ini pada setiap tahun.
"Menjadi episod menariknya pada bajet kali ini, ruang disediakan kepada rakyat daripada semua segenap lapisan masyarakat terutama anak muda untuk memberi idea dan pandangan serta aspirasi menerusi laman media sosial.
"Usaha sedemikian adalah untuk mendekatkan hati rakyat melalui bottom to top (dari rakyat kepada negara) merupakan ransangan dan refleksi membina keyakinan semua," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib
BACA: Kerajaan teruskan rasionalisasi perbelanjaan dalam Bajet 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, Bajet 2018 akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Jelasnya, kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input-input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.
Salam pada itu kata Muhammad Noor Ikhwam, ia sekali gus akan mengembleng tenaga pihak berkenaan untuk menerokai bersama perjalanan negara menuju ke destinasi paling membanggakan.
"Bukanlah satu yang baru apabila bajet diumumkan setiap tahun, namun, ia bagaikan jantung kepada sebuah harapan, terbina atas landasan penyatuan dan payung kemakmuran sekali gus mencerminkan kekuatan sebuah negara bangsa.
"Golongan muda antara yang pasti menanti dengan penuh debar bajet yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib dalam pembentangan kali ini," ujarnya.
Turut mengulas isu sama, wakil WeMalaysia Australia cawangan Queensland Mohamad Azri Ibrahim yang berpendapat bajet kali ini akan melihat persiapan negara menghadapi perubahan dunia yang serba mencabar.
"Ia termasuk aspek seperti jumlah penduduk menjadi lebih besar, jangka hayat manusia lebih panjang dan kewujudan bandar raya mega.
"Di samping itu, kesan penghijrahan penduduk terutama golongan muda wajar diberi perhatian dalam aspek peluang kerjaya selain mengambil kira kemajuan sains dan teknologi yang telah mengurangkan keperluan tenaga kerja manusia.
"Walau apa pun inti pati daripada pembentangan ini, rakyat Malaysia diseru bersikap positif dan terbuka serta mendoakan yang terbaik agar negara kita akan terus menikmati kesejahteraan dan kemakmuran pada masa kini dan hadapan," katanya.
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara.
Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Sat Oct 14 2017
WeMalaysia: Bajet 2018 adalah sesuatu yang penting untuk golongan muda yang mahukan peluang dan inisiatif bermanfaat untuk mereka pada masa kini dan hadapan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.