Thai Airways International Public Company Limited (THAI) dan subsidiarinya mencatatkan kerugian bersih 12 bilion baht (100 Baht = RM13.37) pada 2019.
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut syarikat penerbangan nasional Thailand itu mengalami kerugian bersih.
Kerugian itu meningkat sebanyak 3.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Presiden THAI, Sumeth Damrongchaitham dalam satu kenyataan berkata THAI dan subsidiarinya mencatat perolehan sebanyak 184 bilion Baht pada 2019, menyusut 15.4 bilion baht atau 7.7 peratus.
"THAI telah terjejas akibat pelbagai faktor negatif termasuk kelembapan ekonomi global, perang perdagangan Amerika Syarikat-China, bencana alam dan peningkatan mata wang Baht dalam tempoh enam tahun," katanya.
Sumeth berkata THAI juga membatalkan penerbangan di beberapa laluan untuk sementara waktu berikutan penutupan ruang udara Pakistan, protes di Hong Kong dan penularan COVID-19 sejak akhir 2019.
Beliau berkata THAI dan subsidiarinya membawa 24.51 juta penumpang pada 2019, peningkatan 0.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
THAI melaksanakan langkah pengurangan kos yang ketat, menyebabkan kos menyusut 5.8 peratus berbanding tahun sebelum itu, kata beliau.
Tanpa mengambil kira keputusan operasi yang negatif itu, syarikat itu melakukan beberapa penambahbaikan ke atas kawalan kos dengan jumlah perbelanjaan 196.4 bilion Baht, merosot 5.8 peratus berbanding 2018.
Sumeth berkata THAI menerima kesan akibat krisis COVID-19 sejak akhir 2019 sehingga menyebabkan operasi penerbangannya dikurangkan, sama seperti syarikat penerbangan yang lain.
"Syarikat ini telah menyediakan perancangan dan mewujudkan pelbagai langkah untuk menguruskan krisis ini di samping mengawal kesannya, dengan tumpuan kepada kawalan kos dan pengurangan kos dalam bidang bukan operasi dan keselamatan, misalnya menangguhkan pelaburan dan pengambilan pekerja, mengurangkan perbelanjaan pemerolehan dan peralatan yang tidak perlu
"Syarikat turut melaksanakan pengurangan gaji membabitkan presiden, naib presiden eksekutif dan naib presiden. Ahli lembaga pengarah THAI bersetuju untuk mengurangkan gaji mereka sehingga 50 peratus bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa Mac 2020.
"Seandainya krisis COVID-19 ini berterusan dan bertambah buruk, THAI telah menyediakan pelan dan langkah yang kukuh," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 02 2020
Sumeth berkata THAI menerima kesan akibat krisis COVID-19 sejak akhir 2019 sehingga menyebabkan operasi penerbangannya dikurangkan, sama seperti syarikat penerbangan yang lain. - REUTERS/Athit Perawongmetha
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.