Mizuho Bank (Malaysia) Berhad, HSBC Bank Malaysia Berhad dan Daiwa Markets Limited dilantik sebagai pengatur utama bersama untuk penerbitan bon Samurai oleh Malaysia.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dibuat selepas menyenarai pendek enam bank daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018.
"Kerajaan yakin bahawa ketiga-tiga institusi kewangan ini mempunyai pengalaman, pengetahuan dan yang paling penting, keyakinan serta kepercayaan, terhadap ekonomi Malaysia.
"Ini bagi memastikan kerajaan dapat menikmati kadar faedah yang paling rendah daripada pihak pelabur bon," kata Lim ketika menyampaikan surat pelantikan tersebut pada satu majlis di kementerian itu di sini hari ini.
Jelasnya, bon tersebut akan diterbitkan dalam masa beberapa bulan ini dan beliau akan mengetuai rombongan Malaysia ke Tokyo pada Februari depan bagi memperhalusi perincian terbitan bon.
BACA: Selain Bon Samurai, Jepun juga sedia bantu Malaysia melalui ODA - Tun M
TONTON: Nilai ringgit kukuh disokong penerbitan bon Samurai
Pada November 2018, Malaysia mengumumkan terbitan bon Samurai di Jepun yang dijamin Japan Bank of International Cooperation (JBIC).
Berbeza dengan bon yang pernah diterbitkan Malaysia sebelum ini, kadar kupon bon Samurai adalah rendah, iaitu pada kadar 0.65 peratus.
Dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019 itu, Lim berkata, kerajaan Jepun bersetuju menjamin sehingga 200 bilion yen (lebih kurang RM7.4 bilion) untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun.
BACA: Belanjawan 2019: Bon Samurai bantu kurangkan hutang negara - Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, terbitan bon itu bagi membolehkan Malaysia melangsaikan hutang negara pada kadar faedah jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.
Bon Samurai merupakan bon yang diterbitkan syarikat atau negara asing di pasaran Jepun pada kadar faedah yang ditetap oleh Jepun.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Jan 18 2019
Lim Guan Eng menyampaikan surat pelantikan kepada wakil-wakil bank yang dilantik sebagai pengatur utama bersama bon Samurai pada satu majlis di Kementerian Kewangan, Putrajaya, 18 Jan, 2019. Astro AWANI/RAJA HISYAM RAJA ZAID
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.