KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia dijangka menyaksikan beberapa tindak balas spontan dalam kalangan pelabur minggu depan, sekali gus menolak turun FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan mengekalkannya di bawah paras 1,500 mata.
Menurut Bank Islam Malaysia Bhd, indeks barometer diunjurkan bergerak dalam julat 1,400 dan 1,500 mata dengan ketidakpastian situasi politik terus menjadi kebimbangan utama para pelabur.
"Sentimen secara keseluruhannya dijangka lemah dengan peserta pasaran terus menantikan keputusan mesyuarat dan pertemuan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat," ahli ekonomi Adam Mohamed Rahim memberitahu Bernama.
Terdahulu semalam, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Kabinet khas di Perdana Putra, Putrajaya bagi membincangkan isu-isu semasa dan hal-ehwal kerajaan.
Sementara itu, untuk perkembangan luar pula, pilihan raya presiden AS yang akan berlangsung pada 3 Nov depan merupakan satu lagi faktor yang akan mempengaruhi pasaran kerana pemenangnya akan mempunyai dasarnya sendiri yang akan menentukan bagaimana hubungan perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Untuk minggu baharu berakhir, bursa tempatan kebanyakannya bergerak dalam zon merah, dikuasai oleh keadaan politik semasa yang masih berkocak dan kemunculan semula kes COVID-19 seluruh dunia.
Bursa tempatan turut mengambil petunjuk daripada pergerakan bursa Asia serantau yang lain sejak beberapa minggu lepas dan prestasi semalaman Wall Street, dipacu oleh rundingan pakej rangsangan yang masih belum selesai.
Rakuten Trade dalam notanya berkata harapan untuk rangsangan itu masih tidak menentu sejak beberapa minggu lepas dan makluman terkini ialah perjanjian itu akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Sementara itu, CGS-CIMB Futures Sdn Bhd pula berkata memandangkan Lembah Klang telah memasuki minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, pelabur runcit terus memasuki pasaran saham dan ini juga disebabkan oleh kadar faedah yang rendah, dan ia dijangka dikurangkan lagi pada November.
"Urus niaga selama empat hari minggu ini sehingga Khamis mencatatkan jumlah dagangan 35.75 bilion, meningkat 5.21 peratus berbanding 33.98 bilion minggu lepas," katanya.
Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, FBM KLCI ditutup 9.20 mata lebih rendah pada 1,494.64 berbanding 1,503.84 sebelumnya.
Di papan skor, Indeks FBM Emas menyusut 110.84 mata kepada 10,827.23, Indeks FBMT 100 susut 108.59 mata kepada 10,631.63 dan Indeks FBM Emas Shariah lemah 186.50 mata kepada 12,954.11.
FBM 70 jatuh 313.37 mata kepada 14,258.34 dan FBM ACE kehilangan 365.11 mata kepada 10,606.77.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 50.51 mata kepada 12,359.16 dan Indeks Perladangan turun 3.51 mata kepada 6,855.00 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.76 mata kepada 144.36.
Indeks Teknologi menambah 32.37 mata kepada 60.78 manakala Indeks Penjagaan Kesihatan meningkat 68.43 mata kepada 4.021.86.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 42.67 bilion unit bernilai RM25.89 bilion daripada 33.97 bilion unit minggu lalu bernilai RM23.47 bilion.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 23.18 bilion saham bernilai RM20.43 bilion berbanding 19.81 bilion saham bernilai RM17.91 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan waran lebih tinggi pada 4.82 bilion unit bernilai RM1.24 bilion berbanding 4.06 bilion unit bernilai RM988.80 juta pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga meningkat kepada 14.66 bilion saham bernilai RM4.22 bilion daripada 10.08 bilion saham bernilai RM4.57 bilion.
-- BERNAMA
TAG: Bursa Malaysia, FBM KLCI, Mingguan, CIMB-CGS, Ketidakpastian politik, Muhyiddin Yassin
Bernama
Sat Oct 24 2020
Untuk minggu baharu berakhir, bursa tempatan kebanyakannya bergerak dalam zon merah, dikuasai oleh keadaan politik semasa yang masih berkocak dan kemunculan semula kes COVID-19 seluruh dunia. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Suami didakwa curi dengar perbualan isteri, ambil kesempatan beli saham untung juta
Loudon didakwa ambil kesempatan beli saham hasil dari maklumat sulit yang dicuri dengar dan memperoleh AS$1.76 juta dalam keuntungan haram.
Turun naik harga saham tidak cerminkan prestasi sebenar syarikat - Jentayu Sustainables
Pengendali loji tenaga itu menyaksikan penurunan harga saham sejak beberapa hari namun ditutup sembilan peratus lebih tinggi semalam.
Kerugian 3 syarikat cetus kesan domino, RM7.1 bilion permodalan saham lenyap
Ketiga-tiga saham syarikat tersebut telah kehilangan gabungan permodalan pasaran RM5.14 bilion sejak awal tahun ini.
Sime Darby lanjut hingga 31 Jan untuk pemegang saham UMW Holdings terima tawaran RM5
CIMB Investment Bank Bhd berkata tahap penerimaan tawarannya setakat 5 petang Jumaat lepas berada pada 94.15%.
Microsoft pintas Apple seketika sebagai syarikat paling bernilai di dunia
Pada ketika ini, kedua-dua syarikat dinilaikan melangkaui $2.8 trilion pada nilai harga saham semasa.
TNB masih pemegang saham terbesar SESB, kerajaan Sabah baru 17 peratus
Katanya, orang ramai perlu faham SESB masih belum diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah yang ketika ini memiliki 17% saham.
'Tawaran pengambilalihan baki saham BPlant pada harga RM1.55 tidak adil tetapi munasabah'
Kata firma itu, walaupun harga tawaran mewakili diskaun 40.4% kepada RNAV kumpulan, ia juga memberi peluang kepada pelabur untuk keluar.
Pelabur asing catat aliran masuk RM674 juta ekuiti Malaysia pada Sept 2023 - Maybank IB
Ia juga mewakili pembelian bersih pelabur asing bagi bulan ketiga berturut-turut, di mana mereka mencatat aliran masuk pada Julai dan Ogos.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.