Telekom Malaysia Bhd (TM) memulakan sejumlah 11 'use case' (perisian) di Langkawi dan melaksanakan operasi Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC) yang merupakan bahagian paling penting dalam pelaksanaan 5G di Langkawi.
TM berkata IOCC canggih itu, yang juga dikenali sebagai 5G Command Centre (5GCC), adalah pusat kawalan bersepadu di mana suapan data dan pemantauan papan pemuka rangkaian 5G TM dan use case di Langkawi dipusatkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata syarikat itu menyokong sepenuhnya Projek Demonstrasi 5G (5GDP) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan ketika ini sedang menguji pelaksanaan rangkaian teras 5G bertumpu yang membolehkan kewujudan bersama Non-Stand Alone (NSA) (5G-diupayakan menerusi rangkaian 4G) dan rangkaian 5G khusus Stand Alone (SA) di Langkawi.
"SA adalah masa depan penggunaan rangkaian 5G dan demonstrasi ini penting bagi mempercepat pelaksanaan 5G di negara ini.
"Dengan pelaksanaan rangkaian SA di Langkawi bagi 5GDP, TM merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menggunakan rangkaian 5G khusus SA pertama di negara serta di rantau ini.
"Kami juga berbangga untuk memaklumkan bahawa ujian kelajuan 5G yang dijalankan di tapak use case 5G TM mencapai sehingga 1.5 Gbps.
"Saya juga ingin memaklumkan bahawa TM merupakan syarikat telekomunikasi pertama di rantau ini yang mengemas kini Rangkaian Akses Radio (RAN) dan peranti kami dengan rangkaian 5G khusus SA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Kamarul Anuar berkata bagi 5GDP di Langkawi, syarikat itu menggunakan bilangan use case 5G tertinggi dalam kalangan syarikat telekomunikasi yang menyertainya dan semua rangkaian 5G dan tapak use case boleh dipantau menerusi papan pemuka di 5GCC, yang dipantau oleh pakar dan pasukan teknikal berkelayakan.
"Ia juga dihubungkan ke pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan tindak balas kecemasan yang membolehkan masyarakat serta pelancong merasai pengalaman kehidupan yang selamat dengan teknologi canggih.
"Selain itu, kami membuka 5GCC bagi semua penyedia perkhidmatan lain bagi menggunakan papan pemuka pemantauan mereka agar semua data relevan boleh dipusatkan bagi pemahaman bersama," katanya.
Ketika ini, 5GCC mengandungi papan pemuka bagi use case berikut: Lampu Isyarat Pintar; Parkir Pintar; Penyelesaian Keselamatan Pintar; Papan Pemuka Pelancongan Pintar Langkawi; dan Platform Gerbang Langkawi.
Disokong oleh analisis, Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan berasaskan data, 5GCC dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan canggih dan bersepadu untuk berfungsi sebagai pusat pemantauan keselamatan menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan popular di pulau pelancongan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 30 2019
Menurut TM, IOCC, yang juga dikenali sebagai 5G Command Centre (5GCC), adalah pusat kawalan bersepadu di mana suapan data dan pemantauan papan pemuka rangkaian 5G TM dan use case di Langkawi dipusatkan.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.
Benarkah 5G ada ancaman radiasi untuk kesihatan manusia?
Selain sambungan lebih laju, ia juga membuka penggunaan baharu dalam IoT kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi.
Kerajaan mahu syarikat tempatan menerajui pembangunan penyelesaian 5G perusahaan
Dalam membangunkan ekosistem yang teguh, perlu ada usaha bersepadu dan kerjasama rapat pihak korporat, sektor awam dan pemboleh teknologi.
Belanjawan 2024: RM60 juta bangunkan rangka kerja pengujian keselamatan siber 5G
Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Teknologi 5G, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.