Jumlah dagangan Malaysia dijangka melepasi RM2 trilion berikutan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, faedah segera TPPA itu akan terbukti dengan kemasukan pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai satu daripada platform dagangan dan pelaburan mereka.

"Pemeteraian TPPA akan merangsang sentimen dan mewujudkan keyakinan di kalangan pelabur," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi dagangan negara untuk 2015 di sini, hari ini.

BACA: TPPA bawa kebaikan, beri kesan positif kepada rakyat dan negara - Najib


Semalam, Malaysia dan 11 negara lain menandatangani TPPA yang akan mengembangkan pasaran, mengurangkan tarif serta mempromosi dagangan lebih bebas.

TONTON: 12 negara termasuk Malaysia meterai TPPA

Dua belas negara dalam TPPA itu ialah New Zealand, Australia, Chile, Mexico, Jepun, Peru, Kanada, Vietnam, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Malaysia.

Majlis menandatangani TPPA itu diadakan di Auckland, New Zealand dan ia akan meyumbang hampir 40 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bernilai US$30 trilion (RM126 trilion).

BACA: Ini 10 manfaat TPPA kepada Malaysia yang perlu anda tahu

BACA: Ekonomi Malaysia tidak terjajah di bawah TPPA - Mustapa


Sementara itu, Ong berkata, Malaysia mencatat pertumbuhan positif pada separuh kedua 2015 kepada 5.1 peratus daripada pertumbuhan negatif 2.8 peratus pada separuh pertama, terutama daripada eksport kepada rakan kongsi perjanjian perdagangan bebas.

BACA: TPPA bakal perluas pasaran Felda di peringkat antarabangsa - Isa Samad

BACA: TPPA: Pengguna akan nikmati barangan berkualiti lebih murah


Eksport ke Turki mencatat kenaikan tinggi sebanyak 54.5 peratus.

"Kenaikan eksport yang dicatat sejak Ogos tahun lepas itu disebabkan pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas Malaysia-Turki," tambahnya.

Menurutnya, Malaysia perlu mula mencari pasaran baharu, termasuk Amerika Selatan dan Afrika bagi meningkatkan lagi prestasi dagangan.