Pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd, mengambil alih menara pejabat setinggi 21 tingkat di Melbourne, Australia membabitkan sejumlah AU$58 juta (kira-kira RM161 juta).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, UEM berkata pengambilalihan itu merupakan pemerolehan ketiga syarikat itu di Australia.

Menara pejabat dengan keluasan 16,000 meter persegi itu terletak di kawasan strategi di persimpangan St Kilda Road, salah satu laluan utama di wilayah perniagaan di tengah-tengah Melbourne.

Bangunan itu kini diduduki Polis Victoria dan akan dikosongkan selepas pertengahan 2016.

"Pengambilalihan ini bertujuan membangunkan kediaman ultra mewah yang belum pernah dilaksanakan sebrlum ini, dengan potensi pembangunan komponen pangsapuri perkhidmatan dan runcit di aras bawah.