Unit Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB), menerbitkan Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM300 juta, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Sukuk ini merupakan yang keempat daripada Program Sukuk Murabahah Tidak Ditaraf RM10 bilion yang diterbitkan MBSB tahun lepas.

"Tempoh matang terbaharu sukuk itu ialah pada 24 Feb, 2022," kata syarikat itu.

-- BERNAMA