Rantau Asia harus mewujudkan pusat kecemerlangan pendidikan sendiri untuk memenuhi keperluan pembangunan dan tenaga kerja serantau.

Pusat kecemerlangan ini boleh menjadi pusat pengumpulan hasil kajian universiti di rantau Asia.

Menurut laporan Forum Ekonomi Sedunia, WEF, pusat kecemerlangan serantau ini harus mendidik warga asia strategi ekonomi baru untuk membaiki kehidupan masyarakat serantau.

IKUTI LAPOR LANGSUNG WEF 2016 DI SINI


Ia juga akan memastikan pembangunan berterusan yang lebih mampan.

Universiti dan institusi di ASEAN merupakan pemangkin pembangunan Asia dan akan memberikan penyelesaian yang lebih baik bagi masalah yang dihadapi Asia.

Oleh itu, pusat kecemerlangan ini akan menyelaras usaha dan kajian universiti dan institusi di serata Asia bagi pembangunan rantau ini.

Laporan WEF berkata pusat kecemerlangan ini boleh ditempatkan di dua lokasi strategik di asia iaitu Malaysia atau Manila.