Greece berjaya mendapat kelulusan pinjaman bantuan antarabangsa yang baharu susulan pemeteraian perjanjian 19 menteri kewangan Zon Eropah atau Eurogroup.

Perjanjian itu membolehkan pinjaman $11.4 bilion diagihkan untuk pemulihan ekonomi negara itu.

Pemimpin utama Zon Eropah itu pada Selasa yakin negara-negara pemiutang akan meluluskan langkah pembaharuan ekonomi Greece dalam usaha Athens menyelesaikan hutang negara itu.

Minggu lalu, parlimen Greece meluluskan rang undang-undang pembaharuan pelbagai perkhidmatannya.

Ia sekali gus bakal menyaksikan kenaikan cukai lebih banyak pembaharuan penjimatan dan penswastaan baru dana luar biasa yang akan menguruskan hampir semua harta kerajaan.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas mendapat 153 undian daripada 300 ahli parlimen.