Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dan dikejar ke hospital akibat letupan bom di sebuah pasar raya di Bandar St Peterburg, Rusia.

Menurut Mail Online, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan dalam letupan yang berlaku di pasar raya Perekrestok di bandar tersebut.

Letupan itu berpunca daripada bom buatan sendiri yang dibungkus dengan kepingan logam dan letupan tersebut sekuat 200 gram TNT, kata penyiasat.

Tambahnya, insiden itu kini disiasat sebagai kes jenayah atas cubaan membunuh secara besar-besaran.

Pasukan keselamatan menjalankan kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian.

Bom itu disorok di sebuah loker di Perekrestok yang mana pembeli biasanya akan meninggalkan barangan mereka.

Setakat ini, tiada individu mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu dan motif letupan masih tidak jelas.

Lebih 50 orang dipindahkan keluar dari pasar raya tersebut susulan letupan berkenaan.

Pasar raya Pereskrestok terletak di tingkat bawah pusat rekreasi Gigant Hall, St Petersburg, Rusia.

Pasukan keselamatan menjalankan kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian.