Satu letupan terjadi di sebuah kilang rawatan air di sini pada Khamis, melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera.

Pada masa sama, ramai lagi dilaporkan terperangkap selepas bumbung kilang berkenaan runtuh akibat letupan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba Chicago berkata, setakat ini, lapan mangsa berjaya dibawa keluar dan dibawa ke hospital.

Keadaan mereka dilaporkan parah.

Usaha masih dijalankan bagi mengesan saki baki mangsa di bawah runtuhan kilang itu.

Punca letupan berkenaan belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.