Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 73 lagi cedera apabila sebuah keretapi tergelincir pada Ahad akibat hujan lebat dan tanah runtuh.

Pegawai Kementerian Kesihatan Turki dalam laporan oleh Saluran televisyen Turki dalam kenyataannya berkata, keretapi yang membawa 362 penumpang menuju ke Istanbul tergelincir membabitkan lima gerabak.

Salah seorang mangsa yang terselamat berkata kepada CNN Turk sepanjang menyelamatkan diri, dia melihat lebih 10 mayat.

Di samping itu kenyataan pejabat Perdana Menteri berkata kemalangan berkenaan diakibatkan oleh tanah runtuh.

"Malangnya, ia membabitkan kematian dan kecederaan," jelas kenyataan berkenaan.

Pejabat Presiden Recep Tayyp Erdogan pula mengesahkan telah menerima maklumat daripada Menteri Pengangutan dan Menteri Luar Bandar berhubung insiden berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.