Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran di sebuah telaga minyak di barat Acheh, hari ini, lapor Reuters.

Agensi penyelamat tempatan memaklumkan, kebakaran itu berpunca daripada aktiviti pengimpalan paip yang sedang dilakukan di situ.

Media tempatan, Antara, sebelum ini melaporkan lima orang terbunuh dan puluhan lagi mangsa cedera akibat aktiviti penggalian minyak haram di tapak tersebut.